Wednesday, October 21, 2009

rindu......................

dah lam xmenulis..aku rindu sgt kat syuk.

Wednesday, August 5, 2009

malasnya aku nak buat kerja...sangat malas..

Tuesday, August 4, 2009

adab bercakap...

dah lama aku xmenulis..aku xpenah harap ada org akan bc apa yg aku tulis, namun aku harap sekiranya ada yang sudi baca,renungkanla apa yang aku cuba katakan.

kita cuma dipinjamkan sementara saja ke dunia ni oleh Allah..rezeki, jodoh, pertemuan, perpisahan adalah di tangan Dia.jadi kita seharusnye berusaha untuk mencapai apa yang di impikan.untuk mendapatkan sesuatu kita harusla sentiasa berkelakuan baik dan menjaga adap sopan kita..kadang-kadang kita harus renungkan dan muhasabah diri kenapa doa kita tidak pernah dimakbulkan..mungkin kita ada melakukan sedikit kesilapan dalam kita tidak sedar..aku cuma manusia biasa,sentiasa melakukan kesalahan tanpa sedar..hari ni aku blejar satu perkara..setiap tutur kata yang keluar dari mulut kita harusla sopan dan baik..janganla kata-kata itu akan memakan diri sendiri.sesungguhnya Allah melihat da mendengar apa yang kita lakukan.N aku yakin Tuhan juga tahu apa yang aku fikirkan sekarang ni...ampunkanlah aku kalo apa yang terlintas di fikiran aku ni salah

Thursday, July 30, 2009

tolongla rajin ckit...

aku dah sebulan xbuat kerja master..kerja company pun aku xth sgt..xth knp dalam beberapa hari ni aku down..adakah sebab kan payment tu..apapun i need to find a way to solve my problem..i need to find myself.good girl, rajin, semangat, xpenah putus asa..n macam2 lagila...aku sajer jer search harian online yg dulu2...n aku jumpa 1 fakta tentang terapi semulajadi...

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Hati/20090706090013/Article/index_html

Gabungan beberapa kaedah berikut mungkin boleh diikuti untuk menyingkirkan segala perasaan tidak menentu dan meningkatkan semangat diri:


  • Ketawa memang terapi yang baik. Kajian mendapati ketawa dan kegembiraan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh terutama dari segi pengeluaran sel pembunuh semula jadi yang membantu mempertahankan tubuh daripada penyakit.

    Ketawa meningkatkan pembebasan endorfin iaitu sejenis bahan yang memberikan rasa kesejahteraan di dalam otak. Mereka yang gembira lazimnya menikmati kehidupan yang bukan saja menyihatkan, malah mungkin lebih lama.

  • Sentuhan manusia antara lain boleh meningkatkan pengeluaran endorfin dan hormon pertumbuhan yang boleh mengurangkan kesan negatif akibat tekanan. Kajian mendapati pesakit yang sentiasa menerima sentuhan akan pulih lebih cepat berbanding mereka yang tidak disentuh. Berikan pelukan untuk yang tersayang kerana ia bukan saja boleh meningkatkan semangat dirinya, tetapi diri anda.

  • Bernafas dengan betul memang penting untuk menyingkirkan toksin dan sisa dari dalam tubuh. Malah, dianggarkan manusia menyingkirkan hanya kira-kira 30 peratus toksin dalam tubuh menerusi usus dan pundi kencing, selebihnya menerusi pernafasan.

    Bernafas juga satu cara yang baik untuk menenangkan minda, meningkatkan tenaga serta memperbaiki semangat diri. Cuba bernafas dengan perlahan, mendalam serta berirama setiap hari.

  • Bau-bauan mempunyai kesan terhadap tubuh dan minda. Apabila saraf di dalam hidung dirangsang, ia akan merangsang suatu sistem di dalam otak yang dikaitkan dengan perasaan dan daya ingatan.

    Konsep ini memainkan peranan penting dalam aromaterapi yang menggunakan kuasa pemulihan daripada tumbuhan yang memiliki bau-bauan kuat.

    Aromaterapi turut menyarankan rawatan kemurungan menggunakan tumbuhan seperti bunga melur, eucalyptus dan limau gedang untuk membantu meningkatkan kepekaan serta kegembiraan. Bauan seperti oren dan lavender juga membangkit semangat yang positif.

  • Ada sebab bunga dijadikan bahan perantara untuk seseorang cepat sembuh. Bungaan yang berwarna-warni mempunyai pengaruh yang kuat bukan saja terhadap perasaan dan semangat seseorang, malah membantu melawan tekanan.

    Satu kajian menunjukkan ketika tugasan menaip selama minit, mereka yang duduk bersebelahan jambangan bunga lebih relaks berbanding mereka yang duduk berhampiran tumbuhan yang hanya mempunyai daun.

  • Makanan laut banyak mengandungi mengandungi dua jenis asid lemak omega-3 iaitu asid eicosapentaenoic (EPA) dan docosahexaenoic (DHA).

    Dalam tubuh manusia, kadar DHA yang tinggi pula dikaitkan dengan peningkatan dopamin dan serotonin iaitu bahan kimia otak serupa yang dirangsang oleh ubat-ubatan antikemurungan.

    Menurut Pemangku Ketua Kimia Saraf Pemakanan, Institut Penyalahgunaan Alkohol Amerika, Dr Joseph R Hibbeln, seseorang itu lebih terdedah kepada masalah murung, gelisah dan mudah marah apabila mereka kurang menikmati sajian berasaskan ikan.

  • Susu baik untuk minda kerana ia kaya dengan tryptophan, sejenis asid amino diperlukan untuk pengeluaran serotonin yang merangsang perasaan seseorang.

    Bagaimanapun, tubuh tidak boleh menghasilkan tryptophan dengan sendirinya. Oleh itu, ia harus diperoleh daripada sumber lain seperti susu yang kaya dengan asid amino.

    Selain susu, makanan lain seperti dadih, keju, telur, pisang dan kekacang juga membekalkan sumber bahan berkenaan.

  • Tidur juga cara yang baik untuk melegakan tekanan, malah penyelidik mendapati mereka yang mengalami gangguan tidur mempunyai kecenderungan untuk mengalami kemurungan lima kali ganda berbanding mereka yang tidur lena.

  • Kekurangan cahaya matahari boleh mengakibatkan kekurangan vitamin D manakala kajian menunjukkan tahap vitamin D berada pada kadar 14 peratus lebih rendah di kalangan mereka yang mengalami kemurungan.

  • Mendengar muzik juga antara terapi yang elok kerana kajian menunjukkan mendengar muzik selama sejam sehari selama seminggu boleh membantu mengurangkan petanda kemurungan sehingga 25 peratus.

  • Tingkatkan 'hormon keremajaan.' Kajian mendapati mencangkung dan menekan kaki boleh meningkatkan pengeluaran 'hormon keremajaan' semula jadi di dalam tubuh. Peningkatan hormon pertumbuhan boleh meningkatkan perasaan selain faedah fizikal yang lain.

    Jika sudah biasa melakukan senaman seperti angkat berat, membengkokkan lutut, tekan tubi dan mendayung, teruskan senaman menyihatkan itu.

  • Mereka yang biasa berlari kurang mengalami masalah tekanan melampau atau ketidakpuasan hati, menurut kajian Jurnal Perubatan dan Sains Sukan, Scandinavia yang membabitkan kajian di kalangan lebih daripada 12,000 orang.

    Senaman berterusan memudahkan seseorang menyesuaikan diri dengan tekanan serta meningkatkan pembebasan hormon seperti noradrenalin, serotonin, beta endorfin dan dopamin yang membantu meningkatkan perasaan yang baik.

    Selain berlari, disarankan senaman berjalan pantas atau sebarang senaman kardiovaskular selama setengah jam, lima kali seminggu.
  • Wednesday, July 8, 2009

    PLC

    Wednesday, June 17, 2009

    penat..

    arini aku penatla...aku ase bukan arini jer..stp ari aku penat..bf aku tny la awk penat watper..bukan kejer penat pun..n aku ckp penat pk..penat weh...sgt penat...

    arini aku g pej utk follow up aku punya permohonan ct belaja...aiyaa...sgt mengecewakan..aku xtenang jer..sebab aku xabiskan naza ke eh?aku bukan xnak posa..tp ader jer yg menghalang aku dr posa...aku nak jer abiskan terus nazar aku..ase tenang ckit..ingatkan nak posa hjg minggu, tp sejak ulang alik ni penat la plak..tp e2la namanyer posa kan...sacrify..

    arini aku dengar roomate aku borak ngan husband dia melalui hp..wah..baiknya kak F ni...mesti dia bhgia..n aku nampak la hidup dia macam epi jer..yela..balik umah ada anak..terus perasaan marah, penat,hilangkan..rezeki setiap org xsama..same la ngan aku...

    aku rindukan Gu Jun Pyola...macm pakwe aku sukakn cter shahrukh...1 benda yg aku sm ngan pakwe aku, kitorg minat cter hidustan...

    Thursday, June 11, 2009

    Cemburu??????

    selain dari keikhlasan, Allah juga kurniakan 1 lagi perasaan yang amat suci..cemburu...kenapa aku bloleh cemburu?adakah sebab aku sayang@sebab aku xmampu untuk memiliki segalanya?kadang2 aku rasa xde sape yang paham aku..n kadang2 aku rasa aku plak yang xpaham org..apapun semua perkara 2 membuatkan aku sedar bahawa aku cuma manusia biasa..aku telah cuba untuk jadi yang terbaik..tp sekiranya ada insan yang tidak dapat menerima ckap aku, aku pasrah..

    keikhlasan...

    ikhlas?
    adalah satu perkara yang harus ada dalam setiap jiwa umat manusia...tanpa keikhlasan segala perkara yang dilakukan xkan berjaya..namun kadang2 ada sesuatu yang menghalang sesorg untuk ikhlas dalam semua kerja..

    jika kita ikhlas, sume benda akan diberkati..tapi kalo xikhlas..kita xkan dapat apa2 pahala..Yakinla Allah sentiasa di sisi orang yang ikhlas...namun sejauh manakah aku mampu ikhlas dalam semua kerja aku?kadang bila kita ikhlas..ada jer yang akan memeprkotak katikan keikhlasan kita.aku paling benci orang yang xbersyukur...

    n today..keikhlasan aku telah bertukar menjadi kebencian hanya kerana seorang hamba Allah..aku telah jadi berkira..Tp blh ker aku salah kan dia?setiap orang dikurniakan dengan pelbagai ckap yang tidak dimengerti...

    begitu jugak aku dan begitu jugak dengan dia...

    Thursday, June 4, 2009

    want to say hello...

    hai...arini dah masuk seminggu aku bergelar tutor...
    buat masa ni aku xbuat apa lagi..setakat surf internet n buat project master. tp aku dah dapat bilik sendiri.okla..n aku pun dah dapat bilik sewa..ok la..Alahamdulillah..Tuhan pertmudahkan jalan aku..aku ditempatkan kat jabatan jkpi..n aku kena mengjar subjek makmal..PLC..bosanyaer....tp nak wat camner..e2la namanya kerja kan..

    Monday, June 1, 2009

    bukan senang nak senang

    hai...


    semalam aku laporkan diri sebagai tutor kat uthm..penat sangat..1st aku salh p tempat lapor diri...malunyer...aku lambat 3 jam..tp xpela...aku kenal org pejabat awal dari org lain..
    tapi aku sangat penat...aku terpaksa bangun pukul 5 pagi sebab aku kena bertolak ke bt pahat around 6.30 am...kenapala aku ssh sgt nak dapt cuti belajar ek?org lain senag jer aku ase.......

    Thursday, May 28, 2009

    new life

    next week ak ase hidup aku akan mula berubah..syukur kerana Allah telah berikan aku rezeki yang tak terhingga..sehingga aku takut untuk mohon lebih...apapun org yang paling aku nak ucapkan terima kasih adalah mak aku..tanpa doa dari dia xmungkin aku akan berjaya.Ya Allah..berikanlah aku kesempatan untuk jadi anak yang baik..

    hari ni aku ase agak tertekan ckit..yela..simulation xde result lagi..bukan xth nak buat tapi malas..dalam seminggu ni aku xmenentu jer...xth nape..aku ase ada something yang mengganngu pikiran aku..

    korang penah tegk cter korea BOF x?best giler cter ni...watak yang paling aku ske 'Gu Jun Pyo'..he make me crazy..ahahha..hensem siut..tp bila rambut curly jela..kalo rambut cacak2 xhensem pun..cute x?heheh..kalo pakwe aku th ni mesti dier jeles...
    lee min ho...kenapa la aku blh terfanatik ngan mamt ni eh?bukan aku kenal dia pun kan..hemsem kot..biasala manusia..ske benda yang lawa2 jer...

    best plak dapat menulis ni..aku dapt gak jumpa hobi baru..aku arap blog ni akn jadi peneman setia aku..kadang2 kita ni xth nak luahkan kat saper..penulisan adalah cara yang terbaik tau..

    dalam waktu setahun ni dah banyak pahit manis yang aku tempuh.tapi aku ase e2 adalah pengalaman baru dalam hidup aku. if we think positive, sumenya akan jadi positif..aku nak ucapkan terima kasih kepada sume yang bantu aku..kak shima.yus..dr nazri n dr rafiq..bioteg member and csm lab member..korang sume dah warnai dunia aku dengan bermacam colour..ada yang terang, ceria dan ada yang muram suram.tp e2lah kehidupan..kita kena belajar untuk terima kekalahan dan belajar untuk bergembira atas kemenangan..i m so epi to think bout that..

    in love

    sometimes ww will fall in love.its ok?